Friday, November 7, 2008

Obama dan Obangau Dalam Politik Malaysia

Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, mengucapkan tahniah kepada Obama. Begitu juga Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim juga membuat ucapan yang sama.Nah, semua orang ingin menjadi Obama. Dalam PAS, Dato' Husam Musa, seorang tokoh yang semakin popular, kini digelar "Barack Husama". Nak tahu mengapa? Klik di sini, di sini dan di sini.Dalam tulisan sebelum ini, "Mencari McCain Dalam Politik Malaysia", saya menyebut bahawa calon Presiden Amerika Syarikat yang kalah, John McCain meletakkan tanggungjawab kekalahan itu atas dirinya sendiri. Tampak, beliau seorang yang berjiwa besar.Beberapa komentar dalam posting itu menyatakan politik Malaysia belum lagi mencapai tahap kematangan tersebut. Saya petik beberapa komen itu:Jed Yoong: I thought McCain's speech was a fine example of statesmanship -- gracious even in defeat.Mantra: This is what touched me so dearly when McCain said, "...the failure is mine, not yours." We have the same thought on this man - McCain thou!Been: Mentaliti pemimpin masih lagi dipengaruhi rasa dendam kesumat, bila menang menggunakan pendekatan mencantas tetapi bila kalah tidak dapat menerima realiti serta menyalahkan pihak-pihak lain.Alias: Kita kagum dengan sifat yang terpuji yang ditunjukkan oleh MacCain. Dia kalah bukan sebab dia tidak baik, tetapi kerana Obama lebih baik.Bungaraya: Sepatutnya apabila kita tahu keputusan pilihanraya dan sudah tahu yang menang dan yang kalah, cukuplah. Cukuplah. Yang penting selepas keputusan dibuat ialah bersama-sama memajukan negara bersama.Khalifah72: Di Malaysia? Saya tak yakin adalah. Mungkin peringkat bawahan ada. Peringkat atasan, susah saya nak nampak.. banyak sangat silaunya.The Legend Continue: Susah nak cari orang politik kita [baca Malaysia] yang nak mengaku kelemahan sendiri, apatah lagi memuji lawan. Walaupun jelas lawannya betul dan buat perkara yang betul, sampai mati dia tidak akan mengaku betul, sebaliknya dia hanya mencari yang salah saja walaupun yang salah itu hanya sekecil kuman.* * *Yang ada dalam politik Malaysia ialah "Obangau". Ingat lagu "Bangau Oh Bangau"? Pertanyaan "mengapakah bangau kurus" berakhir dengan meletakkan kesalahan kepada "katak memanggil hujan"; sedangkan katak tersebut mungkin tidak langsung mengenali sang bangau yang kurus itu.Orang politik sukar menerima kelemahan diri. Saya belum pernah bertemu orang politik yang menyenaraikan kelemahan diri sendiri sebagai punca kekalahan. Apabila kalah pilihanraya, dia menyalahkan lawan. Apabila tewas pemilihan parti, dia menyalahkan politik wang. Apabila tidak dipilih sebagai calon pilihanraya, dia menyalahkan pemimpin atasan yang buta pertimbangan.Bagaimanapun, orang politik yang sama apabila menang sesuatu pertandingan meletakkan seluruh kelebihan atas dirinya sendiri. Dia lebih hebat dari lawan. Dia banyak wang (ya, rumah besar, kereta besar; bukankah itu tandanya dia banyak wang?) Dia rapat dengan pemimpin itu dan ini.Tidak sekadar itu, orang politik juga lebih suka menyalahkan orang lain. Walaupun parti sendiri penuh dengan kudis, yang dia nampak ialah kurap orang lain. Lantaran itulah sesetengah orang politik tidak mengubati kudisnya sendiri, tetapi meneropong kurap orang lain.Adakah saya tujukan kenyataan itu kepada Pakatan Rakyat? Tidak.Adakah saya tujukan kenyataan itu kepada Barisan Nasional? Tidak.Habis tu, kenyataan itu ditujukan kepada siapa? Kedua-duanya!Begitulah, sukar untuk mencari Obama di Malaysia.Yang ada hanyalah Obangau!

sumber : NOBISHA

No comments: